KEMPEN BOIKOT ZIONIS

| View Show | Create Your Own

Tuesday, March 6, 2007,9:07 AM
Pengenalan Kepada Usrah
Dari segi bahasa, perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.

Dari segi istilah, usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Allah (maksudnya): Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksanya. (Al-Maidah, 5:2)

DEFINISI USRAH

TUJUAN USRAH

Tujuan usrah ialah menghubungkan diri dengan Allah, merapatkan ukhuwah Islamiah dan kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam, mendalami fardu ain, meluaskan faham terhadap Islam, dan memberi galakan dan bimbingan dalam ibadah kepada generasi muda.

RUKUN USRAH

Rukun pertama ialah berkenalan (taaruf) iaitu berkenalan sesama sendiri dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan berusaha menghindarkan sebarang kekeruhan yang merenggangkan persahabatan. Rukun yang kedua ialah bersefahaman (tafahum) iaitu bersefahaman dalam memahami Islam dan menghayatinya. Rukun yang ketiga ialah bantu-membantu (takaful) iaitu bekerjasama dalam amal makruf dan nahi mungkar, bersama-sama menggalakkan kebaikan dan bersama-sama menjauhkan kemungkaran.
 
posted by Abdul Hakim Mat
Permalink ยค 1 comments